Dato' Zulfikri Osman

Pengarah


YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) di Majlis Amanah Rakyat (MARA) di mana beliau  memberi perhatian bagi pembangunan keusahawanan dengan MARA. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang keusahawanan, pendidikan, dan pelaburan di sektor awam dan swasta.

En. Mahdzir Othman

Pengarah


En. Mahdzir Othman mempunyai pengalaman lebih dari 27 tahun dalam pembangunan pasaran modal dan pengurusan dana. Sebelum Pelaburan MARA, En. Mahdzir telah memegang jawatan utama di bahagian strategi, pembangunan dasar, pelaburan, dan pembangunan pasaran untuk syarikat-syarikat seperti Bursa Malaysia, CGS-CIMB Securities, i-VCAP Management Sdn. Bhd., dan Valuecap Sdn. Bhd.

En. Mohd Idris Ahmad Jais

Pengarah


En. Mohd Idris bin Ahmad Jais mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam bidang Kewangan. Berkelulusan dalam bidang ekonomi dari La Trobe University, Melbourne, Australia.