Notis Privasi
Notis Privasi ini menetapkan bagaimana Pelaburan MARA Berhad dan syarikat-syarikat subsidiari dan yang berkaitan dengannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada, PMB Investment Berhad, PMB Tijari Berhad, PMB Assets Sdn Bhd, PMB Consulting Sdn Bhd, dan PMB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Kumpulan Pelaburan MARA”, atau “kami”) mengumpul, menyimpan dan menangani maklumat peribadi (sepertimana ditakrifkan di bawah) individu-individu menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan perundangan Malaysia.
Sila teliti Notis Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi yang kami kumpulkan dari anda. Dengan memberikan maklumat peribadi, anda menerima Notis Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, capaian, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda sebagaimana yang diterangkan di dalam Notis Privasi ini.
Komitmen Kami Kepada Anda
Kami menghargai keyakinan anda dan komited melindungi maklumat peribadi anda. Untuk memastikan bahawa anda boleh memutuskan dan merasa yakin untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami apabila menggunakan mana-mana laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami, kami memberikan anda Notis Privasi ini yang menggariskan amalan-amalan kami dan pilihan-pilihan yang anda ada berkaitan dengan bagaimana maklumat peribadi anda dikumpulkan dan dimanfaatkan oleh kami.
Takrifan Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang mengaitkan dengan diri anda secara langsung atau tidak langsung. Ini termasuklah maklumat yang boleh digunakan untuk membeza, mengenalpasti dan menghubungi anda. Maklumat peribadi merangkumi maklumat peribadi sensitif yang berkaitan dengan kesihatan, pendapat politik, kepercayaan agama, perlakuan atau tuduhan perlakuan kesalahan, atau apa-apa maklumat peribadi yang diputuskan oleh pihak berkuasa.
Sebagai penjelasan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya digunapakai sekiranya anda adalah orang perseorangan.
Apakah Jenis Maklumat Peribadi Kami Kumpul
Untuk membolehkan kami memberikan anda produk dan/ atau perkhidmatan kami dan beroperasi dengan cekap dan berkesan dengan sebaik mungkin, kami perlu mengumpulkan maklumat peribadi yang berkenaan daripada anda. Maklumat peribadi yang kami kumpulkan termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut: -
Bila dan Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat Peribadi Anda?
Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi terus daripada anda apabila anda:-
Selain dari maklumat peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung seperti di atas, kami juga mengumpul maklumat peribadi anda dari pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berhubungkait dengan anda (agensi rujukan kredit atau institusi-institusi kewangan), dan daripada lain-lain sumber di mana anda telah memberikan kebenaran untuk penzahiran kepada maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau yang dibenarkan oleh perundangan.
Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda?
Kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi daripada anda atau daripada pihak ketiga yang dikenalpasti di dalam Notis Privasi ini, untuk tujuan atau tujuan-tujuan berikut: -
Penzahiran Maklumat Peribadi Anda
Di dalam menyampaikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, dan menguruskan dan/atau mengendalikan produk dan perkhidmatan, kami mungkin diperlukan untuk menzahirkan maklumat mengenai anda kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:
Pemasaran Langsung
Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyampaikan kepada anda maklumat mengenai produk dan/ atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami atau pihak ketiga yang mungkin menarik minat atau memberi manfaat, kecuali diminta atau dimaklumkan sebaliknya oleh anda.
Di dalam keadaan-keadan yang tertentu, kami mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada rakan-rakan strategik kami. Walau bagaimanapun, kami hanya menzahirkan maklumat peribadi anda kepada rakan-rakan strategik kami ketika anda telah melanggani produk dan/ atau perkhidmatan kami yang memerlukan penzahiran kepada maklumat sedemikian, dan/ atau anda telah memberikan kebenaran terhadapnya, tertakluk, pada setiap masa, kepada sebarang undang-undang (termasuklah peraturan, garispanduan dan/ atau kewajipan) yang dikenakan ke atas kami.
Kami mengambil langkah-langkah yang wajar bagi memastikan perjanjian dengan rakan-rakan strategik kami mengandungi kewajipan privasi dan kerahsiaan yang sepatutnya.
Sekiranya anda tidak mengingini maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau berubah fikiran terhadap keputusan anda terdahulu, sila hubungi kami melalui butiran perhubungan yang diberikan di bawah. Arahan bertulis anda yang terkini kepada kami adalah diterima pakai.
Pemohonan Kerja
Kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi yang dibekalkan anda bersabit dengan permohonan pekerjaan dengan kami bagi menentukan kesesuaian anda dengan jawatan yang ditawarkan oleh kami dan, sekiranya diterima, terma-terma perjawatan anda.
Kami mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk mengesahkan maklumat atau mendapatkan maklumat tambhan antaranya institusi pengajian, majikan terkini/ lampau dan/ atau agensi rujukan kredit. Kami mungkin menyimpan permohonan yang tidak berjaya untuk memadankan kebolehan anda dengan peluang-peluang pekerjaan di masa depan dengan kami.
Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Yang Anda Tidak Lengkap?
Apabila ditandakan (contohnya di dalam borang pendaftaran/ permohonan) ianya adalah kewajipan anda membekalkan maklumat berkenaan untuk membolehkan kami memproses permohonan atau urusniaga anda berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami. Sekiranya anda enggan membekalkan maklumat peribadi anda yang diwajibkan, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan atau pendaftaran anda, atau menyampaikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda.
Hak Anda untuk Mencapai dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda
Kami boleh membantu anda mencapai dan membetulkan maklumat peribadi anda di dalam simpanan kami.
Sekiranya anda ingin mencapai maklumat peribadi anda, atau sekiranya anda berpendapat maklumat peribadi anda tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, dan bukan yang terkini, anda boleh mengemukakan permintaan kepada kami melalui butiran perhubungan kami yang dinyatakan di bawah ini. Anda perlu menyatakan nama, alamat dan nombor telefon/ akaun anda, dan huraian ringkas mengenai maklumat yang anda inginkan di dalam permintaan tersebut. Kami mengenakan yuran pemprosesan untuk mencari dan membekalkan anda dengan capaian kepada maklumat peribadi anda untuk kos-kos pentadbiran.
Kami akan memenuhi permintaan anda untuk mencapai atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan anda dan yuran pemprosesan.
Namun, akses kepada maklumat peribadi anda mungkin dikekang dalam situasi tertentu, contohnya jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, atau jika apabila maklumat yang diminta adalah komersial yang sulit atau apabila kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan mengapa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.
Kewajipan Anda
Anda bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan individu lain yang berkaitan yang anda berikan kepada kami, dan mengemaskinikan maklumat-maklumat peribadi bila mana ianya tidak lagi tepat atau lapuk, dengan menghubungi kami melalui butiran perhubungan seperti di bawah ini. Kewajipan ini adalah syarat kepada penyampaian produk dan/ atau perkhidmatan kami kepada anda dan/atau sebarang individu yang dibenarkan atau diizinkan oleh anda.
Bila mana anda diperlukan untuk membekalkan kami dengan maklumat peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (seperti pasangan atau anak-anak atau di mana anda dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab (bagi pihak organisasi atau syarikat) berurusan dengan kami,sekiranya anda mendapatkan atau bertanggungjawab terhadap produk dan/ atau perkhidmatan kami yang mereka bakal memanfaatkan, anda mengesahkan bahawa anda i) telah mendapat persetujuan atau berhak untuk membekalkan maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk kami menggunakannya, dan ii) memaklumkan kepada mereka untuk membaca Notis Privasi ini di laman-laman web kami.
Urusan Dalam Talian dengan Kami
Cookies
Kami mengumpulkan maklumat mengenai pelayaran anda ke laman-laman web kami melalui ‘cookies’. ‘Cookies’ adalah bingkisan maklumat yang disimpan di dalam komputer anda yang membantu pelayaran laman web anda dengan menyesuai padan maklumat tapak dengan kehendak anda. ‘Cookies’ tidak mengenalpasti pengguna, hanya komputer yang digunakan. Anda tidak wajib untuk menerima ‘cookies’. Sekiranya anda keberatan, anda boleh menetapkan komputer anda samada untuk menerima ‘cookies’, untuk memaklumkan kepada anda bila ‘cookies’ dikeluarkan, atau untuk tidak menerima ‘cookies’ pada sebarang masa. Walau bagaimanapun, penolakan kepada ‘cookies’ mungkin memberi kesan kepada pelayaran anda ke laman-laman web kami memandangkan kami tidak dapat memperibadikan aspek-aspek pelayaran anda ke laman-laman web kami
Pautan ke Laman-laman Web Pihak Ketiga
Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai kepada laman web kami dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang anda mungkin lawati dari laman web kami. Bagi memahami bagaimana mereka mengendalikan maklumat peribadi anda, sila pastikan anda membaca dasar privasi masing-masing.
Pemindahan Maklumat Peribadi Anda Ke Luar Malaysia
Ianya mungkin satu keperluan bagi kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia bila mana sebarang pembekal perkhidmatan atau rakan strategik kami yang terlibat dalam menyampaikan sebahagian daripada produk dan/atau perkhidmatan kami berada di luar negara (“institusi asing”). Dalam keadaan ini, anda membenarkan kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Negara. Kami akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan institusi asing ini adalah terikat secara kontrak untuk menghadkan penggunaan maklumat peribadi anda kepada tujuan menyampaikan produk dan/ atau perkhidmatan kami sebagaimana yang diikrarkan di dalam perjanjian, dan melindungi maklumat peribadi anda dengan sebaiknya.
Kemaskini Notis Privasi kami
Kami mungkin meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa, dan versi yang dipinda adalah terpakai dan menggantikan sebarang dan kesemua versi-versi yang terdahulu, termasuklah dan tidak terhad kepada, risalah dan salinan bercetak. Sila semak di laman web kami untuk maklumat mengenai amalan terkini kami.
Notis Privasi kami disampaikan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Bila mana terdapat sebarang persoalan mengenai pemahaman atau terjemahan, versi Bahasa Inggeris adalah digunapakai.
butiran perhubungan kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, keraguan atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi kami semasa waktu urusan rasmi (di antara 9:00 pagi hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)) seperti berikut:
Jawatan |
: |
Pengurus, Pengurusan Modal Insan |
Nombor Telefon |
: |
+603 - 4145 3800 |
Nombor Faks |
: |
+603 - 4145 3801 |
Emel |
: |
hrd@pelaburanmara.com.my |
Alamat |
: |
Bahagian Pengurusan Modal Insan Pelaburan MARA Berhad |