Sebagai pengedar tunggal dan eksklusif, PMB Analytics bekerjasama dengan Nasdaq Dorsey Wright (NDW) untuk mempromosikan dan memasarkan Platform Penyelidikan Atas talian NDW yang canggih. NDW adalah sebuah firma yang berpengkalan di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. NDW dilesenkan dan dikawal selia oleh U.S Securities and Exchange Commission.
Perkhidmatan kerjasama eksklusif kami melibatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang ciri-ciri Platform ini di kalangan pelanggan runcit (peniaga, remisier dan pedagang) dan pelanggan institusi (pengurus dana dan pemilik aset). Hal ini termasuk memperkenalkan, melatih dan membimbing dalam penggunaan ciri-ciri yang terdapat dalam Platform ini.
Penyaring saham yang inovatif ini menggabungkan “Points & Figures Analysis” serta” Relative Strength Analysis” direka khas untuk menguruskan dana amanah saham, akaun dagangan budi bicara, perdagangan proprietari, ETF, Pasaran Niaga Hadapan, Perdagangan Komoditi, dan mata wang kripto di pasaran global serta pelbagai rantau termasuk Malaysia. Pelanggan boleh mendapat petunjuk untuk pemilihan saham serta menentukan masa terbaik untuk membeli atau menjual saham, sekaligus membantu mereka menguruskan portfolio dan memperhalusi pendekatan pelaburan mereka.
Kami teruja untuk memperkenalkan alat inovatif ini kepada Pasaran Malaysia untuk melonjakan Pengurusan Portfolio ke tahap seterusnya.
Daftar sekarang untuk mengakses platform kami secara percuma selama sebulan.