profile

En. Mohd Idris Ahmad Jais

Pengarah


En. Mohd Idris bin Ahmad Jais mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam bidang Kewangan. Berkelulusan dalam bidang ekonomi dari La Trobe University, Melbourne, Australia beliau memulakan kerjaya sebagai juruaudit dalaman untuk Southern Bank Bhd dan kemudian menjadi pengurus cawangan.

Pada tahun 1983, beliau menyertai industri pembrokeran saham sebagai Pengurus Besar di Yusoff dan Chan Sdn, sebuah syarikat broker saham di Pulau Pinang. Beliau kemudian dijemput sebagai rakan kongsi dan secara automatik menjadi broker saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Yusoff dan Chan Sdn Bhd kemudiannya diambil alih oleh OSK Investment Bank Berhad dan En. Idris dilantik sebagai Pengarah Eksekutif. OSK kemudiannya diambil alih oleh RHB Berhad dan En. Idris dilantik sebagai Pengarah Jualan Institusi untuk RHB Investment Bank Berhad sehingga beliau bersara pada tahun 2013.


 

Kembali Ke Lembaga Pengarah